Friday, November 27, 2009

Pemergian Babah

Tarikh: 25 November 2009
Tempat: Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka


كل نفس ذائقة الموت

Untuk sekian kalinya, kurang dari dua bulan, orang tersayang pergi meninggalkan diri ini. Jika bulan Oktober lalu Tok Umi Kedah, kali ini giliran datuk saudaraku yang paling rapat; Ibrahim bin Baba atau lebih mesra dipanggil Babah (di kalangan keluarga).



Jika dulu aku dapat turut serta menguruskan jenazah Tok Umi dari awal hingga akhir, tapi tidak di sini. Di sini aku hanya sempat menunaikan solat jenazah dan mengiringi jenazah Babah ke perkuburan.



Kini Babah sudah tiada. Al-Fatihah buat Babah. Moga Roh Babah ditempatkan bersama ahli syurga. Ameen.



"Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya" (al-An'aam : 61)





p/s: Mungkin inilah pengorbanan terbesar kami pada raya Aidiladha ini. Salam Aidiladha kepada semua.



Tuesday, November 24, 2009

1B1A: Terima Kasih




Sedang aku berdiri di muka pintu rumah baru yang jarang aku jejakkan kaki ini, kelihatan seseorang yang tidak dikenali berhenti di depan pintu pagar. Bermotosikal, bertopi keledar biru dan di dalam raganya sarat dengan beberapa ikat sayur.

Di benakku terlintas; "Ah, pakcik ni nak jual sayur ke?". Lantas aku melambai tangan menandakan tidak mahu.

Beberapa detik kemudian.

Aku kaget. Kenapalah pakcik ni tak nak berganjak dari pintu pagar rumah aku ni? Bahkan dia memanggilku lagi. Kan aku dah kata aku tak mahu.

Tiba-tiba ibu bersuara; "Itu jiran sebelah la, dia nak bagi sayur tu! Pergi ambil".

Gulp.

Malu bukan kepalang! Terima kasih pakcik!





p/s: Biarlah sebesar mana pun kesilapan yang kita lakukan, ucapan maaf dan terima kasih itu mampu merubah segalanya. Percayalah =) Dan, kenalilah jiran kita. Hee...


p/s/s: Oh ya, aku nak tag kalian (AinShahajar, Kak Tan dan Shamel) untuk buat entri khas seperti ini, boleh? Caranya mudah, ikut link ini .


Tuesday, November 10, 2009

1 Bulan 1 Adab (Updated)



Aku belajar apa itu kaunseling
Aku belajar apa itu fasa perkembangan kognitif manusia
Aku belajar apa itu psikologi manusia dan teori-teorinya
Aku belajar apa itu, ini dan segala macam... dan
Aku terus belajar...

Dalam aku mendalami ilmu-ilmu yang seperti tertera di atas, aku faham akan betapa sukarnya untuk mengubah sikap buruk/ tidak sihat/ kecelaruan adab segelintir golongan yang bergelar manusia. Tapi aku percaya bahawa mereka bisa berubah daripada yang tidak baik kepada yang baik, 'kan?

Sebagai contoh, 'The Fun Theory' di atas membuktikan bagaimana orang yang malas menggunakan tangga bisa merubah sikap malas mereka (menaiki escalator) apabila wujud suatu agen perubah yang mampu memberikan keseronokan kepada mereka.


Justeru, aku ingin menyeru sahabat-sahabat sekalian. Marilah kita bersama-sama menjayakan fenomena kempen yang aku kira akan merubah sikap dan kecelaruan adab di kalangan masyarakat marhaen menerusi blog ke blog. (Mahu gunakan Facebook pun boleh)

Bagaimana? Fenomena kempen ini akan dijalankan secara maya dengan menghubungkan para blogger untuk menulis entri berkaitan dengan SATU adab yang akan dipromosikan pada setiap bulan yang berbeza
. Setiap bulan satu tema (adab) akan diberikan.



Semua entri akan disenaraikan dalam blog GPTD untuk tujuan pembacaan lanjut oleh pendokong kempen ini. Sila rujuk blog rasmi GPTD untuk keterangan lanjut.


"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik" (ali-Imran 3:110)



p/s: Jom sama-sama memeriahkan usaha dakwah ini; Rahmatan lil 'Alamin =)


Monday, November 9, 2009

Hadiah Untuk Semua



Hurry! Contest runs 2nd - 15th November 2009

EveryoneConnects with "Through My Window"

Claim your reward now (Click Here To Join Us)

  1. Use the mixer below to create a remix of the song 'Through my window'
  2. Invite your friends to make their own remixes as well.
  3. For every 30th remix submitted, we will email the person, and give them one of the prizes.
  4. If you referred the 30th submission, you will also win a reward!

p/s: Klik di sini, sini dan sini untuk contoh remix yang telah aku buat. (Entah apa-apa) Ha5...

Friday, November 6, 2009

Qittun


Sedang abangku sibuk berbicara soal Christopher Colombus yang takut kucing, aku di sini berdepan dengan kematian si anak kecil ini yang dilanggar dek kereta jiran sebelah malam tadi. Kasihan aku melihat ibunya. Meratapi kematian anaknya.


p/s: Sedangkan haiwan pun punya perasaan, apalagi manusia.

Tuesday, November 3, 2009

Eksklusif : Dr Asri







"Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan itu) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olokkan). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim" (al-Hujurat 49:11)


p/s: Tolonglah jangan campurkan isu agama dengan politikus tanah air ni. Hai orang politikus, kalian memang teruk la! (Yang benar akan tetap benar! Ameen)

p/s/s: Solusi? Mungkin ada di sini

Monday, November 2, 2009

KDBM


Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM Kuantan




p/s: 3p4h LIKE this

Thursday, October 29, 2009

Pengotor


Gambar ini aku ambil sewaktu beraya di sekitar KL dulu. Aku tertarik dengan kata-kata yang digunakan. Sangat unik!

Aku fikir ini adalah luahan yang ditujukan khas buat sang pengotor (aku gunakan sang untuk menunjukkan sikap kebinatangan; yang tidak boleh berfikir) agar memahami apa itu tanggungjawab terhadap sampah. Mungkin mereka (merujuk kepada tukang tulis nasihat) telah puas menasihati sang pengotor, namun nasihat hanya tinggal nasihat.

Makanya keluarlah statement yang unik seperti gambar di atas. Aku pasti ada di kalangan kita yang bisa hidup dalam keadaan kotor begini, namun fikirkanlah kesannya terhadap yang lain. Jangan kau fikir kau sudah besar, maka kau tidak boleh ditegur mahupun dinasihat. Apa guna hidup jika nasihat semudah ini pun tidak boleh diterima?

Memalukan.

p/s: Mungkin ini solusi kepada orang yang pengotor keras kepala

Tuesday, October 27, 2009

Mampukah Aku?


Klik gambar untuk jadual waktu saiz besar


"Ya Allah, jadikanlah aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang Engkau berikan padaku. Dan berilah aku ilmu yang berguna bagi diriku. Dan kurniakanlah aku pengetahuan yang berguna untuk diriku dan tambahkanlah aku ilmu"


p/s: Peperiksaan akhir semester akan bermula kurang dari seminggu. Mampukah aku menghadapinya? Bittaufiq wannajah fil imtihan buat rakan-rakan sekalian.

Wednesday, October 21, 2009

Biar Jiwa



Fynn%20Jamal
Quantcast

kau bikinku gigit bibir sendiri

lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara


*Tribute to Fynn Jamal*


p/s: Aku perlu berkhalwat untuk seketika. Tolong doakan aku. Selamat tinggal semua Blog, FB, HP etc

Saturday, October 17, 2009

Hilang Graviti

Hilang graviti. Kekadang terasa seperti di awangan.



Rambut sama hitam, hati lain-lain

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing




p/s: Bulan yang penuh dengan masalah kerja. Loosing the grip!

Tuesday, October 13, 2009

Konvokesyen UIAM 2009

Tarikh: 10-12 Oktober 2009
Tempat: CAC UIAM Gombak












p/s: Tahniah buat semua pelajar senior yang telah berjaya menjadi graduan UIAM.

Friday, October 9, 2009

Allah Tak Adil?


Sejauh mana kentalnya hati kita dalam menerima ketentuan Ilahi (qada' dan qadar)? Mari kita renung sejenak.

Manusia kerap menyalahkan takdir andai perkara yang terjadi tidak menepati kehendak yang diingini. Lebih-lebih lagi jika perkara itu memberi impak yang besar di dalam hidup. Mungkin pada awalnya mereka akan sukar untuk menerimanya, namun nak tak nak, pabila masa silih berganti, dia tetap akan terima ketentuan Tuhannya 'kan?

Perbuatan menyalahkan takdir ini sangatlah bahaya kerana bisa merosakkan hati dan Iman kita. Jadi di sini aku ingin berkongsi pengalaman yang berlaku baru-baru ini.

Situasi 1

Tribute to Hakim

Sudah lama aku plan ke KL untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Awe dan konvoi raya rakan-rakan di Gombak (Sabtu 3 Oktober 2009). Namun apakan daya kelas tambahan dibuat pada hari yang sama. Makanya aku terpaksa redha dengan ketentuan Dia untuk tidak pergi ke KL.

Usai kelas tengahari itu aku dipelawa rakanku ke Gombak dengan menaiki bas UIA. Aku tersentak betapa Allah Maha Adil! Dia sengaja menyuruhku pergi ke kelas agar aku tidak terlepas pengajian hari itu. Syukur, masih bisa menyertai konvoi raya.

Situasi 2


Disebabkan terlalu asyik berjalan raya, aku terpaksa balik ke Kuantan lewat sehari. Mujurlah kelas tiada pada hari Isnin tu. Sedang aku bersiap siaga untuk pulang ke Kuantan, tiba-tiba
si putih bergetar, petanda mesej masuk. Mesej dari abangku.

"Salam, Tok Umi Kedah baru meninggal dunia. Kitorang tgh bersiap nk ke Pantai Dalam."

Mujur aku belum keluar Gombak lagi. Langsung aku ke Pantai Dalam. Sepanjang perjalanan aku bermonolog sendirian, patutlah
hati ini seakan berat untuk pulang ke Kuantan.

Situasi 3


Aku terpaksa berhabis duit dan terkejar-kejar semata-mata untuk mengejar bas balik ke Kuantan. Alkisahnya tiket yang dibeli adalah jam 9.00pm, entah macam mana aku boleh yakin tiket bas jam 9.30pm. Maka banyak jugalah duit yang burnt malam itu dalam aksi kejar mengejar bas.

Tapi mujur, ada hikmah disebalik pelaburanku di sana. Sampai saja di rumah IM6, ada wang menunggu. 786 Alhamdulillah Syukur.

Kesimpulannya? Memang tidak dinafikan, untuk menerima tiap perkara negatif yang berlaku bukanlah mudah. Namun andai kita bersikap positif dan sentiasa memikirkan hikmah di sebalik sesuatu kejadian, Insyallah kita akan rasa betapa bersyukurnya diberi nikmat Islam dan Iman.

p/s:
إن مــع الــعــســريــســر -Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan- asy-Syarh 94:7

Tuesday, October 6, 2009

Pemergian Nenda


Tarikh: 5 Oktober 2009
Tempat: Pantai Dalam, Petaling Jaya



كل نفس ذائقة الموت











"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir" (az-Zumar: 22)



p/s: Moga roh nenda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama ahli syurga. (al-Fatihah kepada Allahyarhamah nenda tercinta. Daku rindu dakapanmu) Cerita selanjutnya boleh dibaca di sini.

Thursday, October 1, 2009

Aku Nak Kahwin!!!



Lupakan tajuk entri ini sebentar. Sebenarnya aku telah lama memikirkan soal perkahwinan yang semakin rakus melanda pelajar-pelajar akhir-akhir ini.

Tak salah nak berkahwin, tapi jika kalian kahwin tanpa pengetahuan/restu ibu bapa macam mana? Tak kisah lah restu daripada pihak lelaki mahupun perempuan.

Sebab utama mereka kahwin lari adalah untuk mengelakkan diri daripada berzina dan maksiat. Ini pun atas usaha 'kabel' yang mencadangkan agar berkahwin di sempadan sana. 'Kabel' yang punyai pengaruh di sana, mungkin? Hal ini berlaku sejak di PAUIAM matrik lagi

Aku sungguh tak faham, mengapa 'kabel' yang sungguh mendalam ilmu agamanya bersungguh-sungguh menyuruh budak-budak hingusan ini berkahwin di sempadan sana? Takkan semata-mata untuk elakkan mereka berzina?

Hello? Dah fikir masak-masak ke? Senangnya nak lari daripada satu masalah tapi tak fikir masalah lain yang akan timbul kelak.

Bak kata kak Pjan di blognya;

"Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu"

Andai katakanlah kalian kahwin tanpa pengetahuan ibu bapa. Bagaimana lah agaknya perasaan ibu bapa tu kan? Dah berpuluh tahun mereka membesarkan kalian, tiba-tiba kalian buat macam ni. Aku pasti kelak, pabila kalian dah berada di tempat mereka baru kalian sedar betapa deritanya hati mereka. Ingat, redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Aku bukan marah, cuma geram bila mana berlaku perkara macam ni. Fikirlah, kalau berahsia soal kahwin ni, sampai bila? Entah nanti belum apa-apa, dah bercerai. Lagilah teruk. Haishh...

Moga dijauhkan.


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (al-Isra' : 32)



p/s: Untuk renungan bersama. Jika tak nak dekati zina/maksiat, jangan cuba-cuba untuk memulakannya. Itulah sebabnya kenapa turun ayat La taqrabuz zina. Baca asbabun nuzul ayat di atas, fahamkan.

Monday, September 28, 2009

Han Kook Kwan Restaurant

Tarikh: 26 September 2009
Tempat: Tingkat 4, Menara Etiqa berhampiran KLCC










p/s: Kelazatan makanan Korea, unik. Gambar mungkin sudah memadai. Keterangan lanjut boleh dibaca di sini

Sunday, September 27, 2009

Aku Bukan Superman





p/s: Kata orang, jika ingin mengasuh anak-anak, mulakan sedari kecil.

Monday, September 21, 2009

Eid Mubarak 1430H



Kalau saja di hari lalu tergores sebait kata salah atau mungkin sepenggal laku yang bela, aku berharap agar di hari yang fitri ini terbuka pintu kemaafan buatku.

Tenggelamnya suria ratapi berakhirnya Ramadhan. Hening mencengkam songong kesucian. Maaf semua atas khilafku selama perkenalan ini. Mari kita meminta keampunan dariNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Lahir Batin

تقبل الله منا ومنك



Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan. Jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan saling memaafkan. Salam Aidilfitri.



p/s: Update raya boleh dirujuk di sini

Friday, September 18, 2009

Jalan-jalan KL









p/s: Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sesuatu perkara untuk suatu perkara yang lain.

Thursday, September 17, 2009

Iftar Serata KL

Tarikh : 12 September 2009
Tempat : Rumah Hakim (Gombak)








Tarikh : 13 September 2009
Tempat : Rumah Abang Kak Dyll (Gombak)









Tarikh : 14 September 2009
Tempat : SS/2, Petaling Jaya









Tarikh : 15 September 2009
Tenpat : Teppanyaki (Mid-Valley)











Tarikh : 16 September 2009
Tenpat : Ikea Foodcourt













p/s: Terima kasih kepada semua teman yang menemaniku sepanjang aku di sana